 |

May 7, 2006
Cam Mana nak settle nie....kalau kena batang hidung kita huh????
Saya merupakan anak
bongsu yang hidup dalam sebuah keluarga serba kekurangan. Setelah
menamatkan pelajaran di peringkat diploma di salah sebuah institusi
pendidikan tinggi di ibu kota, saya dan suami melangsungkan perkahwinan
di dalam keadaan yang tidak bersedia. Walaupun masih belum mempunyai
pekerjaan yang tetap namun saya gagahi juga menerima lamaran suami demi
maruah keluarga yang tercalar kerana perbuatan saya dahulu.
Bermulalah sebuah kehidupan baru sebagai seorang isteri. Bersama
suami telah saya terangkan siapa diri saya sebelum kami berkahwin lagi.
Syukur ke hadrat Ilahi dia tetap sudi mengambil saya sebagai isteri.
Namun panas tidak sampai ke petang hujan turun juga di tengah hari.
Dari mula saya bekerja sehinggalah kontrak kerja saya tamat, sikap
suami sedikit pun tidak berubah. Tidak boleh salah sedikit, merajuk
tidak mahu beralah, panas baran dan ada kalanya memberi kesan pada
sesetengah bahagian tubuh saya.
Di waktu yang sama, dia tidak menunaikan solat walau satu waktu pun.
Ketika kami berbaik, ada juga saya menegur tetapi lama-kelamaan saya
semakin tidak berdaya walaupun usia perkahwinan kami belum mencecah
setahun. Saya sebenarnya sedang berusaha mencari kerja kerana jauh di
sudut hati saya inginkan seorang anak namun ketidakstabilan ekonomi
membuatkan hasrat itu terkubur.
Ada kalanya pula, saya terfikir di mana kesudahan akan hubungan kami.
Saya tidak boleh salah sedikit pun tatkala berbicara, pasti suami akan
berkecil hati dan akan merokok dengan banyak. Alasannya mahu segera
mati.
Sebagai wanita, saya tidak pernah mengimpikan diri untuk dipujuk
seperti kekasih kerana saya tidak mahu bermimpi di siang hari. Rumah
tangga kami semakin rumit apabila abang sulungnya yang menumpang tanpa
membayar sesen pun mula membenci hanya kerana teguran saya mengenai hal
ini (bil-bil yang perlu dilangsaikan). Dia melemparkan
berbagai kata nista supaya suami menceraikan saya selain mengugut agar saya tidak balik ke kampungnya.
Dalam masa yang sama, suami langsung tidak bertindak membela saya. Ada
waktu-waktunya, panas baran suami menggila tidak kira di hadapan
kawan-kawannya mahupun keluarga saya. Suami sengaja memaki hamun saya
sesuka hatinya walaupun saya sudah melakukan tanggungjawab yang baik
terhadap diri.
Keadaan sebeginilah yang menjadikan saya tidak berani menyertai
sebarang aktiviti sekolah tempat suami bekerja kerana saya tidak
sanggup untuk terus menanggung malu atas perbuatan suami. Saya sedari
suami turut malu dengan perkara ini namun setelah beberapa kali saya
dimalukan di hadapan kawan-kawannya, keyakinan dan kepercayaan saya
telah hilang.
Untuk pengetahuan, saya berusia setahun lebih tua daripada suami. Saya
tidak mempunyai ibu mentua untuk bercerita masalah. Saya tidak rapat
dengan ibu kerana sejak kecil saya lebih rapat bersama kakak-kakak.
Setelah mereka berkahwin saya hilang tempat mengadu.
Keluarga saya sudah meletakkan keputusan di tangan saya tetapi kasih
sayang saya masih kuat terhadap ikatan perkahwinan ini. Bukan saya
tidak pernah berbincang permasalahan ini ketika kami berbaik tetapi
jawapannya hampa kerana suami akan mengambil langkah mendiamkan diri.
Saya semakin buntu dan saya rasa lama-kelamaan seandainya keadaan
berterusan begini, saya akan menjadi gila.
Saya sangat menyayangi suami walau apa pun yang pernah dia lakukan.
Walau saya perlu beralah dan meminta maaf 1000 kali dari pada suami,
saya tetap mencintainya. Ini kerana saya mahu menjadi isteri yang baik
dan tidak mahu mengulang kehidupan sosial seperti dahulu. Tolonglah
saya keluar dari kemelut ini. Sebolehnya saya tidak mahu ikatan ini
terputus di tengah jalan.
Ayat nie yang "membunuh" semua idea atau cadangan yang kita beri kat dia.......? Bagaimana nak ubah persepsi kawan kita nie....so cam na?
Posted at 09:51 pm by qistina
Permalink
Apr 12, 2006
aduhai.........apa nak jadii..
Dah lama sangat haku tak menulis....... sebab sibuk : alasan yang munasabah tapi tak semesti nya betul. Tertiba aje rasa nak tulis...setelah baca artikel Che PORA bertajuk Takut wey dan situasi sekarang yg melibatkan sedara seagama dgn ku nie...yang agak tersimpang jauh dari pentunjuk jalan yg lurus.. Citer nya gini setelah pendedahan dlm majalah mastika tentang gelagat remaja yang amat memualkan dan tambahan pula aku juga secara sengaja cari rakaman dalam camera telefon aksi remaja tersebut , akhirnya ada le haku tengok beberapa scene......aku memang terkejut...betul ke nie orang melayu...rasa nak tergelak pong ada....dan kasihan .....Dalam benak hati ku tertanya kenapa jadi cam tu....dan yg peliknya gambar muka wanita aje yang nampak .....knape ???Kalau muka nie selisih tepi jalan pon boleh kenal punya... Ini bukan saja arang yang diconteng di muka emak dan abah tetapi juga bikin malu pada kaum sendiri aje saja ...tambahan kita plak org Islam dan dah pong termaklum tentang hukum dan dosanya.Sikit ambil kata-kata Cik Pora dalam artikel nya  ...
seorg perempuan kalau tiada rasa malu, sangatlah bahaya. Memang betol
pon…mcm lirik lagu Hijjaz tu..puteriku sayang, liriknyee yang berbunyi ‘MALU
mu MAHKOTA yang tidak perlukan singgahsana,tetapi ia berkuasa menjaga
DIRI DAN NAMA. Tiada siapa yang akan boleh merampasnye, MELAINKAN kau
sendiri yang pergi menyerah diri. Itu satu lagi kata yang ada pada
lirik sebuah lagu. Lirik lagu ni pom penting juga, jangan sampai ada
setengah lirik lagu tuu yang berbunyi TIADA lafaz yang lebih AGUNG, kalimah CINTAMU..yang ku tunggu2.
Di manakah salah kita semua dalam hal ini......
Posted at 08:43 pm by qistina
Permalink
Aug 3, 2005
KHUSUS UNTUK WANITA & MEREKA YANG KITA SAYANGI............

SUSEN SANITARY PAD
Tuala Wanita dapat anugerah pingat emas GENEVA(2000)No1 di dunia.
Keperibadian Yang Unik
LAPISAN LUAR DARI KAPAS ASLI
Permukaan TUALA WANITA SUSEN yang selembut sutera di perbuat daripada kapas asli agar kulit terasa kering, bersih dan selesa
CEPAT MERESAP
Bahan2 yang digunakan utk membuat TUALA WANITA SUSEN adalah daripada bahan bermutu tinggi yang meresap dengan cepat utk memberi perlindungan dan keselesaan yang maksima. Ujian yang dibuat di Taiwan menunjukkan kadar resapannya adalah 27.6 kali ganda meresap daripada tuala wanita biasa.Tiada lagi rasa cemas atau bimbang terhadap kebocorannya walaupun pada saat yang tenat(heavy)
ULTRA NIPIS
TUALA WANITA SUSEN sangat nipis, hanya 0.3mm(aliran biasa).Ianya suatu ciptaan baru dan berinovatif.Bentuk garisan luarannya amat sesuai utk wanita. Ia juga berkemampuan utk memberi keyakinan dan kepastian sepenuhnya sehingga tidak terasa kewujudannya.
MENGANDUNGI FORMULA KHAS HERBA ASLI
Kesan utama TUALA WANITA SUSEN adalah disebabkan formula khas herbanya yang sejati dan dipercayai turun temurun.Satu2nya cara semulajadi utk meringankan bebanan dan tekanan kepada wanita sepanjang tempoh pusingan haid
KANDUNGAN BIO-TEK DAN ANTI BAKTERIA
Melalui kajian Bio-Tek terkini,TUALA WANITA SUSEN mengandungi bahan anti bakteria dan cepat meresap.Cairan yang keluar dapat meresap dengan pantas jauh ke dalam dan diperangkapkan supaya permukaannya kering.Dengan ini bakteria tidak berpeluang utk membiak dan menjadikannya satu perlindungan yang selamat bersih dan selesa
PELAPIK KHAS TELUS UDARA
TUALA WANITA SUSEN menggunakan kombinasi bahan asli yang mengandungi resin dan ektrak tumbuh-tumbuhan utk lapisan pelapiknya.Ianya membentuk gelembung udara halus sebagai kusyen dan ruang udara antara lapisan dan menjadikanya selesa dipakai.Ujian oleh jabatan kesihatan Taiwan menunjukkan tiada kesan sebarang toksin dan tahap PHnya adalah 6.6
SEGAR DAN TIDAK BERBAU
TUALA WANITA SUSEN telah mendapat Pingat Emas di pameran pencitpaan antarabangsa 2000 di geneva, switzerland. Ianya selesa dipakai, menyegarkan dan tidak mengeluarkan bau
KEBAIKAN
Tuala wanita serba guna:
~ Merawat penyakit “Angin Pasang” (lelaki)
~ Merawat semua masalah utama wanita seperti:-
~ Merawat penyakit haid
~ Mencegah sengugut
~ Mengimbangkan hormon sistem haid
~ Mencegah kegatalan, sakit sendi semasa haid
~ Merawat keputihan
~ Merawat kekuningan
~ Menyedut kotoran yg tersimpan
~ Mencegah Cancer rahim & payudara
~ Membuang gumpulan darah dlm uterus
~ Membuang toksid dlm badan
~ Menghindari pembiakan bacteria di tempat sulit
~ Menghindari penyakit & kulat (FUNGUS)
~ Menghindari jangkitan pundi kencing
~ Mengeringkan luka dgn cepat
~ Mencegah & merawat serta mengecut buasir
~ Mengecutkan rahim selepas bersalin
~ Memulihkan penyakit di bahagian usus
~ Merawat kembung perut
~ Menurunkan suhu badan ketika deman panas
* Kalau isteri memakainya...suami akan suka dan sayang...sama-sama kita eratkan hubungan suami isteri
HARGA TERKINI
OVERNIGHT(10)RM12.50
( Pakai wktu malam)
REGULAR FLOW(10) RM10.50
EASY PACK(3+1) RM5.00
3 Regular Flow dan 1 Overnight
ULTRA THICK(6) RM 10.40
(Untuk lepas bersalin)
HEAVY FLOW(10) RM 13.00
TRAVEL PACK(8) RM 4.00
EVERYDAY USE(20) RM 9.00
Pantiliner (pakai waktu bersih)
TEMPAHAN ATAU PERTANYAAN
ABDUL HALIM BIN MAMHMUD( rekoder)
019-5752731/o4-4573980
qistin05@yahoo.com
BAYARAN MELALUI AKAUN BANK ISLAM
02-020-02-011339-5 - Abdul Halim bin Mahmud
*Tambahan RM4.00 untuk penghantaran pos laju (belian melalui pos)
Dialu-alukan kepada sesiapa yang ingin menjadi ejen jualan, yuran keahlian RM 50 seumur hidup.
conctact saya............
Posted at 01:18 am by qistina
Permalink
Jul 31, 2005
LAGI KES GURU........................
ALOR STAR: Seorang murid perempuan tahun satu Sekolah Kebangsaan Sungai Limau, dekat Yan, Aiman Kamila Mohamad, 7, patah tulang tapak tangan kanannya selepas didakwa dipukul dengan kayu selebar tiga sentimeter dan panjang 60 sentimeter oleh seorang guru lelaki sekolah itu, kira-kira dua minggu lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi 14 Julai lalu, mangsa mendakwa dipukul 10 kali bersama 17 lagi rakannya dalam Tahun 1 Delima, hanya kerana dikatakan membuat bising dalam kelas.
Berikutan kejadian itu, mangsa bukan sahaja tidak mahu meneruskan persekolahan, malah trauma melihat atau menggunakan pembaris yang bentuknya sama dengan kayu digunakan guru terbabit untuk memukulnya.
Kekadang kita pun denda bebudak dengan pukul juga........mungkin Allah Taala selamat kita sehingga tidak menjadi kes begini. Kalau terjadi begini tentulah imej guru tercalar di mata masyarakat kesan dari perbuatan guru tersebut. Anak-anak didik perlu didisiplin, di ajar dan mendidik mereka ke arah yang baik namun begitu kekadang masalah ini timbul.Apa yang perlu ialah anda pasangkan niat bahawa apa yang aku lakukan ni adalah untuk mendidik mereka menjadi insan sempurna kearah merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara.
Untuk semua warga guru teruskan usaha anda....jadikan iktibar atas apa yg berlaku.
Posted at 10:30 pm by qistina
Permalink
Jul 1, 2005
Anak Guru pun Kena Tampar...........
Anak guru kena tampar
KOTA BHARU: Seorang guru membuat aduan polis mendakwa anak angkatnya demam selepas ditampar dan kepalanya diketuk guru Sekolah Kebangsaan (SK) Mahmud, Raub, Pahang.
Mohamad Mazli Alimi Mat Sin, 11, dikatakan ditampar tiga kali dan diketuk kepala berulang kali serta didera berdiri tanpa sebab oleh guru bahasa Melayu kelasnya dalam tiga kejadian berasingan antara 13 Mei hingga 17 Jun lalu.

BENGKAK:
Wan Norazemah yang juga
seorang guru menunjukkan kesan
bengkak di pipi
Mohamad Mazli
Alimi akibat
ditampar
tiga kali.
Difahamkan, murid itu dikasari dan didera kerana mangsa tidak hadir kelas tambahan berbayar yang dikendalikan guru terbabit selepas waktu persekolahan.
Bapa angkat mangsa yang juga bapa saudaranya, Mohamad Lasim Deraman, 39, seorang guru, mengesahkan dia melarang Mazli hadir kelas tambahan berbayar itu kerana tidak berpuas hati sikap guru terbabit.
“Saya dapat tahu, guru itu jarang masuk mengajar ketika waktu persekolahan tetapi masa sama akan hadir mengajar kelas tambahan. Bagi saya tindakan itu tidak wajar.
“Bagaimanapun, selepas cuti penggal persekolahan, pada 13 Jun lalu, guru terbabit sekali lagi memanggil anak saya dan bertanyakan punca tidak hadir kelas tambahan, kali ini kepalanya diketuk berulang kali.
“Berikutan perbuatan guru terbabit, kepala anak saya bengkak dan demam sehingga terpaksa mendapatkan rawatan di Hospital Raub sebelum pihak hospital menasihatkan kami membuat laporan polis,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.Dalam tindakan yang lain terdapat satu kes
“Guru itu mengarahkan semua muridnya termasuk Mazli berdiri. Mereka dibenarkan duduk selepas menjawab soalan. Bagaimanapun, selepas semua rakannya duduk, anak saya dibiarkan berdiri sehingga kelas selama sejam itu tamat tanpa ditanya sebarang soalan.(teks ini telah diringkas dari teks asal)
Sebagai renungan ....memukul dan mendenda anak murid bukan sebagai satu perbuatan yang menunjukkan kita marah atau benci tetapi sekadar ingin mendidik mereka .....anak sendiri kita perbuat lebih daripada itu. Dulu...........ketika zaman persekolahan kita cikgu adalah manusia yg paling garang dan waktu yg sama dihormati oleh semua lapisan masyarakat tetapi tidak dimasa sekarang. Saban hari kedengaran guru disaman dan sebagainya.
Untuk waris ingat dalam hal ini anak cikgu juga ditampar...itulah senario sistem pendidikan di negara kita yg dikelilingi oleh satu trend untuk berjaya dan memperolehi berapa banyak A dlm setiap kali peperiksaan. Sila beri komen anda dalam hai ini.
Posted at 07:00 pm by qistina
Permalink
Jun 15, 2005
Gradua Gagal menguasai Bahasa Inggeris
MINTA maaf encik, bahasa Inggeris saya lemah. Boleh saya bercakap dalam bahasa Melayu. Kalau diberi peluang kerja di syarikat encik, saya janji akan perbaiki bahasa Inggeris saya.” Ini antara pengalaman yang dilalui penemuduga setiap kali temuduga dijalankan di kalangan graduan.
Jawapan ini diberikan apabila graduan terbabit diminta memperkenalkan diri mereka dalam bahasa Inggeris sebagai mukadimah sesi temuduga yang dijalankan.
Yang menghairankan, golongan ini adalah graduan yang dilahirkan kebanyakan universiti tempatan. Keadaan ini sekali gus mematikan minat pememuduga untuk meneruskan temuduga. Hasilnya, graduan seperti ini tidak diterima bekerja.
Bagi graduan yang boleh menguasai bahasa Inggeris dan bahasa Melayu pula, penghalang mereka untuk memperolehi pekerjaan ialah gagal berkomunikasi dengan baik. Lebih menyedihkan, pengetahuan am juga cetek, termasuk tidak tahu nama menteri.
Sebagai graduan di zaman globalisasi ini, menguasai bahasa Inggeris dan komunikasi sangat penting. Berilah alasan apa sekalipun, jika dua perkara ini tidak diberi perhatian, mereka sukar melangkah lebih jauh.
Alasan graduan, mereka mahu belajar bahasa Inggeris selepas mendapat pekerjaan sukar diterima. Sebagai golongan dipandang tinggi masyarakat, mereka sepatutnya bersedia lebih awal sebelum masuk ke alam pekerjaan.
Jika tahu diri lemah dalam bahasa Inggeris, mereka sewajarnya menyiapkan diri dengan mengikuti kursus bahasa itu yang banyak ditawarkan di negara ini.
Masalahnya, mereka malas berusaha memperbaiki diri dan berpuas hati dengan pencapaian yang ada. Inilah kelemahan kebanyakan graduan sekarang. Mereka perlu menerima hakikat bahawa saingan semakin sengit dan bukan mudah untuk mendapatkan pekerjaan.
Pengalaman Tabib menemuduga graduan mendapati mereka lemah bahasa Inggeris, gagal berkomunikasi dengan baik dan kurang ilmu. Kadangkala lain ditanya, lain pula jawapan diberikan.
Yang jelas, pengetahuan mereka dalam sesuatu bidang cetek. Ini membuktikan mereka kurang membaca. Jika banyak membaca, mereka tentu boleh memberikan jawapan yang meyakinkan penemuduga.
Tidak hairan Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr Fong Chan Onn mengingatkan graduan supaya meningkatkan kemahiran diri, terutama dalam penguasaan bahasa Inggeris dan komunikasi, bagi memudahkan mereka diterima dalam pasaran kerja semasa.
Bagi beliau, selain kelemahan menguasai bahasa Inggeris, kebanyakan graduan tidak memahami keperluan majikan serta pekerjaan ditawarkan, menyebabkan mereka gagal mendapat kerja.
Kajian JobStreet.com pula mendapati lebih 3,300 pengurus sumber manusia pelbagai syarikat di negara ini mendapati kebanyakan graduan lemah dalam bahasa Inggeris.
Ketua Eksekutifnya, Mark Chang, berkata kira-kira 56 peratus pengurus sumber manusia memberikan alasan itu apabila ditanya sebab mereka tidak mengambil graduan bekerja di syarikat masing-masing.
Sementara 36 peratus berpendapat kebanyakan graduan terbabit tiada ketrampilan dan personaliti, manakala 32 peratus berpendapat graduan mengharapkan gaji yang tidak bersesuaian.
Kajian juga mendapati sebab lain mereka tidak mengambil graduan bekerja ialah kelulusan serta kemahiran tidak sesuai (30 peratus), graduan memilih kerja (23 peratus) dan tiada kerja bersesuaian untuk graduan (14 peratus).

Posted at 08:59 pm by qistina
Permalink
|
 |
|